Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Presiden Korea Dipecat Kerana Salah Guna Kuasa Dan Rasuah

Presiden Korea Dipecat Kerana Salah Guna Kuasa Dan Rasuah

Mahkamah Perlembagaan hari ini kekal dengan keputusan memecat Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye di atas kesalahan menyalahgunakan kuasa serta terlibat dengan skandal rasuah.

Memetik laporan BBC, dengan pemecatan itu, Geun-hye hilang imuniti sebagai Presiden seterusnya digugurkan daripada semua jawatan rasminya.

Keputusan diambil oleh panel lapan hakim Mahkamah Perlembagaan negara itu.

Kes ini juga telah berlanjutan selama beberapa bulan dan mencetuskan pelbagai kontroversi hingga berlaku demonstrasi besar-besaran di Seoul serta bandar-bandar lain.

Satu Pilihan Raya Presiden bakal dilangsungkan dalam masa 60 hari, mengikut perlembagaan negara tersebut.

Leave a Reply

Top