Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PR1MA Optimis Inisiatif Bajet 2016 Mampu Lonjak Pemilikan Rumah

PR1MA Optimis Inisiatif Bajet 2016 Mampu Lonjak Pemilikan Rumah

mh online

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) optimis pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini, mampu melonjakkan lagi pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata inisiatif seperti pengurangan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 untuk pembayar cukai individu dengan pendapatan bulanan RM8,000 dan ke bawah, mampu memberi manfaat kewangan untuk rakyat.

“Ini akan menggalakkan mereka untuk memperuntukan sebahagian pendapatan bagi tujuan memiliki rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Mutalib turut menyuarakan komitmen penuh PR1MA yang menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi penganjuran Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu untuk mengetengahkan program perumahan pelbagai kategori dan mampu milik di seuruh negara.

“Sejak tiga tahun lepas, kami bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek berkenaan.

“Kami kini bersedia untuk memaparkan hasil usaha ini dan menjual rumah kepada pasaran yang disasarkan. Inilah yang menjadi tumpuan kami bagi 2016,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, sejumlah 74,399 unit rumah PR1MA kini dalam pelbagai peringkat pembinaan dan sebanyak 10,000 unit daripadanya dijangka dapat disiapkan menjelang 2016.

Leave a Reply

Top