Anda di sini!
Utama > Sukan > PQP-TRW Menang Bergaya

PQP-TRW Menang Bergaya

mh online

Skuad kendalian K. Devan turun dengan misi membaiki luka tatkala disingkirkan dari saingan Piala FA 4 Mac lalu.

Nyata malam yang cukup bermakna buat import Macedonia Baze Ilijoski yang berjaya meledak dua gol.

image

Ilijoski membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 selepas menanduk masuk tampanan dibuat penjaga gawang Pulau Pinang Firdaus Muhammad yang gagal menangkap kemas sepakan percuma Badri Radzi.

Kelantan berpeluang menggandakan jaringan 3 minit kemudia namun Dramane Traore gagal menyempurnakan peluang terhidang apabila merembat lemah yang mudah diselamatkan Firdaus.

Skuad kendalian Jacksen F. Tiago berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-23 namun percubaan Jafri Chew gagal menemui gawang.

Sebaliknya, Ilijoski sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring apabila meledak gol kedua hasil rembatan jarak jauh.

Babak kedua, kapten Kelatan Badri Radzi menambah koleksi gol Kelantan selepas menyudahkan hantaran ‘trivella’ Wan Zack Haikal.

Walaubagaimanapun, Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi Osas Marvelous Ikpefua pada minit ke-80.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan menduduki tangga kelima Liga Super dengan 8 mata.

Venue Lain :

Sarawak 1 Kedah 1

Leave a Reply

Top