Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PQP-TRW Hampir Dimalukan Di Kota Bharu

PQP-TRW Hampir Dimalukan Di Kota Bharu

mh online

Oleh : Fansyuri

Pasukan PQPTRW memulakan kempen Superbest Piala FA 2016 dengan kemenangan 1-0 keatas UKM FC, dengan barisan pemain dan jurulatih serta suntikan jutaan ringgit oleh usahawan kosmetik Dato Seri Vida nyata belum mampu untuk mengembalikan kegemilangan skuad kendalian K.Devan.

pqptrw

(Gambar Kredit TRWFC)

Dengan UKM Fc hanya dibarisi pemain muda dan hanya bermain di Liga FAM skuad PQPTRW hampir di heret ke masa tambahan, sebelum pemain import Blaze Ijioski yang masuk menggantikan Khairul Izuan Rosli menjaringkan gol pada minit ke 83 permainan.

Permainan berlansung sengit dengan kedua-dua pasukan membuat percubaan tepat ke arah pintu gol, diselang seli pula aksi pemain UKM FC yang cuba melengah-lengahkan perlawan.

Keputusan penuh PQPTRW 1-0 UKM FC

Lain-lain venue :

Sg Ara 0 Negeri Sembilan 3

Sabah 3 KL MOF FC 0

Felda United 2 Perak PB Ipoh 0

Kuantan 4 Pulau Pinang 2 (Masa tambahan)

Perak 3 Sarawak 1 (Masa tambahan)

Pahang Shahzan Muda FC 1 ATM 2 (Masa tambahan)

Kuala Lumpur 4 Melaka United 2 (Penalti)

Leave a Reply

Top