Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka ruang rundingan kepada PAS walaupun sebelum ini telah memberi kata dua kepada parti Islam itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang diterajui Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menemui pemimpin PAS pada 2 Februari untuk memutuskan sama ada parti Islam itu akan menjadi sebahagian blok pembangkang atau sebaliknya.

Dr Mahathir berkata, PAS perlu mengorbankan objektif dan prinsip untuk memastikan sebarang kerjasama menjadi kenyataan.

“Ramai pemimpin PAS yang mahu mensabotaj usaha kami untuk bekerjasama dengan PAS. Mereka menyerang saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu.

Mukhriz yang turut berkata, dalam pertemuan dengan PAS sebelum ini, draf perjanjian kerjasama telah diserahkan kepada parti itu dan pertemuan pada Februari ini adalah untuk mendapatkan pengesahkan parti berkenaan.

PBBM telah mencadangkan supaya gabungan secara sah dibentuk bersama parti pembangkang lain, selain menjadi sebahagian Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata, rangka kerja umum, logo, manifesto dan agihan kerusi akan dibincangkan bersama parti pembangkang supaya gabungan kecil dapat dibentuk.

“Kami telah menyertai pembangkang dan bersetuju untuk bersama gabungan parti pembangkang. Jadi cadangan akan dibuat untuk menunjukkan adanya perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan memastikan gabungan baharu itu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan supaya ia mendapat pengiktirafan.

“Kami telah mendapat kerjasama, tetapi kini kami perlu cepat bertindak seperti menubuhkan sekretariat bersama,” katanya.

Sebelum ini, PAS memaklumkan parti itu belum memutuskan sama ada akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru bagi menentang Barisan Nasional.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *