Share on Facebook

Oleh : Zabidi Saidi

SEMPORNA: Bekas ADUN Bugaya, Datuk Basali Abdul Hamid mencadangkan supaya pucuk pimpinan memilih salah seorang ahli keluarga Tun Sakaran Dandai sebagai calon Barisan Nasional (BN) di bahagian Semporna.

Katanya, mengekalkan ahli keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah sebagai calon memudahkan BN mengekalkan kerusi di Semporna. Kini pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran adalah ADUN Senalang.

“Populariti keluarga Sakaran merupakan faktor utama BN dapat mengekalkan kuasa di Semporna dan di Sabah secara keseluruhannya,” kata beliau.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Semporna menyeru Pendaftar Pertubuhan (ROS) memeriksa sama ada Parti Warisan Sabah melanggar peraturan ROS kerana parti tersebut gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengambilalih parti tersebut pada Oktober tahun lepas.

Sabahkini melaporkan pada bulan lepas sehingga ini Parti Warisan Sabah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Jika Parti Warisan Sabah melanggar peraturan ini, maka ia perlu dibatalkan pendaftarannya,” kata beliau.

Basali mendakwa parti tersebut tidak mempunyai sokongan rakyat. Mereka mendakwa ada ahli yang ramai tetapi gagal membuktikannya.T

“Datuk Seri Shafie Apdal hanya menggunakan partinya untuk cita cita peribadi dengan membakar semangat sukukaum Kadazan Dusun dan rakyat Pantai Timur Sabah,” katanya lagi.

Katanya, selepas mendengar ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung Umno minggu lepas, keputusan PRU akan datang amat penting dalam menentukan masa depan Umno.

“Masa depan Sabah lebih terjamin di bawah BN kerana Najib berjanji akan membawa lebih banyak lagi pembangunan ke negeri Sabah,” ujarnya.

Basali berkata sehingga kini Umno Bahagian Semporna amat aktif menyelesaikan masalah yang timbul selepas ditinggalkan oleh Shafie Apdal.

“Rakyat Semporna suka mereka diwakili oleh anak tempatan yang dapat berkhidmat kepada mereka. Saya cadangkan supaya calon tempatan yang muda wajar diberi peluang sebagai calon di tiga buah DUN dalam parlimen tersebut,” katanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *