MARANG, Polis menafikan akan mengadakan lelongan motosikal milik pasukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata IPD Marang tidak merancang untuk mengadakan lelongan motosikal seperti viral di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Katanya, IPD Marang juga tidak pernah mengeluar atau mengedarkan notis mengenai lelongan motosikal yang didakwa akan dilakukan esok.

“Viral yang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial mengenai lelongan motosikal itu adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *