Share on Facebook

KOTA KINABALU, Polis bandar raya ini kini bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner M Chandra, berkata pihaknya kini giat menjalani latihan intensif bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada PRU-14 nanti.

“Banyak latihan termasuk menangani elemen keganasan diadakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi menghadapi PRU-14, antaranya berdepan rusuhan.

“Persiapan juga termasuk aspek keanggotaan, kita akan memastikan anggota yang bertugas nanti mencukupi,” katanya pada Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada perhimpunan bulanan turut diadakan ialah latihan demonstrasi berdepan rusuhan dengan polis menunjukkan cara menangani kira-kira 50 perusuh menggunakan penghadang serta cota.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, IPD Kota Kinabalu berada di landasan tepat dalam membendung kadar jenayah di bandar raya ini selepas mencatat 97 peratus penyelesaian kes.

“Ia bersamaan 1,445 kes berkaitan jenayah pecah rumah dan samun sepanjang tempoh Januari lalu ini hingga semalam.

“Kejayaan itu adalah hasil tindakan proaktif dan agresif kami dalam menangani jenayah dari semasa ke semasa bermula daripada laporan, siasatan serta tuduhan ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, jumlah penyelesaian kes itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya mencatat 818 kes atau 61 peratus.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *