Polis di Cleveland, kelmarin sedang menjejaki seorang lelaki yang menembak mati mangsa secara rawak dan turut memuat naik rakaman insiden itu secara ‘live’ di Facebook.

Suspek dikenali sebagai Steve Stephens mengaku telah membunuh 13 individu dan mahu ‘memburu’ lebih ramai mangsa.

 Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams mengesahkan hasil siasatan mereka mendapati Stephens melakukan satu pembunuhan dan mangsa dikenali sebagai Robert Godwin, 74.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di sekitar Pennsylvania, New York, Indiana dan Michigan kerana mereka percaya suspek mungkin telah keluar dari Ohio.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama yang disiarkan secara ‘live’ di Facebook.

Bulan lalu, seorang lelaki tidak dikenali maut ditembak 16 kali ketika sedang menggunakan ciri rakaman video ‘live’ di Facebook yang dilancarkan pada 2010, lapor BBC.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *