Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Polis Buru Keri Pok Jeng

Polis Buru Keri Pok Jeng

Polis sedang memburu suspek paling dikehendaki, Keri Pok Jeng yang terbabit dalam pelbagai jenayah, termasuk beberapa kes bunuh.

Lelaki berkenaan atau nama sebenarnya, Syukri Mohamad Abiah, 36, beralamat di Presint 11, Putrajaya, disyaki terbabit dengan dua kes bunuh di Kelantan serta beberapa kes bunuh di Terengganu dan Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata suspek juga terbabit dengan kes lain mengikut Kanun Keseksaan (KK).

“Dia turut dikehendaki untuk kes menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 324 KK dan kes merusuh mengikut Seksyen 148 KK.

“Usaha mengesan sedang giat dijalankan dan kami meminta supaya orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat mengenai suspek,” katanya, di sini hari ini.

Mohd Fakri berkata, suspek tidak menetap di satu-satu lokasi, sebaliknya berpindah randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Leave a Reply

Top