KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai anggota Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN CEPA) merupakan pengiktirafan terhadap dasar-dasar Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek inklusif.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Ketua Setiausaha Negara itu atas pelantikannya sebagai anggota jawatankuasa itu bagi penggal 2018-2021.

“Tahniah DrAliHamsa! Pelantikan anda sebagai anggota Jawatankuasa Pakar Pendtadbiran Awam PBB merupakan pengiktirafan terhadap dasar-dasar inklusif Malaysia,” kata Najib di Twitter.

Ali ialah rakyat Malaysia pertama dilantik badan dunia itu sebagai anggota UN CEPA sejak ia ditubuhkan, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan itu disahkan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu (ECOSOC) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Rabu.

UN CEPA, yang ditubuhkan ECOSOC, mempunyai 24 anggota dan mengadakan mesyuarat setiap tahun di ibu pejabat PBB.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab menyokong tugas ECOSOC berkaitan usaha memajukan dan membangunkan pentadbiran awam dan tadbir urus dalam kalangan negara anggota.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *