Anda di sini!
Utama > Nasional > PM SEDIH INSIDEN LETUPAN DI TURKI

PM SEDIH INSIDEN LETUPAN DI TURKI

mh online

Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa dukacita dengan insiden pengeboman di Istanbul, Turki semalam yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa.

Menerusi laman Facebook dan Twitternya, Perdana Menteri berkata insiden tersebut merupakan satu lagi peringatan tentang pentingnya untuk memerangi ekstremisme.

“Sedih mendengar tentang pembunuhan itu di Istanbul oleh pengebom berani mati Daesh.

“Satu lagi peringatan betapa perlunya kita untuk memerangi ekstremisme, di mana jua ia berada,” katanya pagi tadi.

Leave a Reply

Top