Anda di sini!
Utama > Terkini > PM Mengadap Agong, Adakah Rombakan Kabinet Atau Tukar Menteri Besar Kedah?

PM Mengadap Agong, Adakah Rombakan Kabinet Atau Tukar Menteri Besar Kedah?

mh online

image

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi ini menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Kereta rasmi kerajaan yang membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.

image

Sumber yang dekat dengan PMO mengatakan bahawa Najib menghadap Seri Paduka dengan membawa senarai calon Menteri Besar Kedah ke-12 untuk dipersembahkan dan mendapat perkenan Tuanku.

Adakah negeri Kedah bakal menerima Menteri Besar yang baharu pada hari ini?
Atau pun akan ada rombakan kabinet untuk kali kedua?

image

Hari Rabu adalah kebiasaan bagi Perdana Menteri menghadap Agong, namun adakah mungkin Rabu kali ini memberi sedikit kelainan dan kejutan khususnya buat rakyat negeri Kedah yang juga negeri Yang di-Pertuan Agong sendiri?

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top