Anda di sini!
Utama > Terkini > PM Ingatkan Kabinet Belanja Peruntukan Secara Berhemah

PM Ingatkan Kabinet Belanja Peruntukan Secara Berhemah

mh online

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Kabinetnya supaya bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan bagi memastikan ia betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.

Najib dalam laman Facebooknya berkata peringatan itu disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi 2016 di Putrajaya semalam.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 yang saya pengerusikan semalam, saya telah mengingatkan kepada Kabinet untuk membelanjakan peruntukan yang diberikan secara berhemah dan bijak,” katanya.

Beliau turut mengingatkan barisan Kabinet untuk memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya.

“Walaupun demikian, program untuk rakyat perlu terus diadakan, dan pastikan program-program tersebut meninggalkan kesan positif kepada rakyat keseluruhannya, tanpa perlu perbelanjaan yang berlebih-lebihan,” katanya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top