Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PM Buat Tinjauan Ke Hospital Sg Buloh

PM Buat Tinjauan Ke Hospital Sg Buloh

mh online

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jumaat turun padang bagi membuat tinjauan ke Unit Hemodialisis Hospital Sungai Buloh bagi melihat sendiri keadaan di sana.

Pada kesempatan itu, Najib turut meluangkan masa berinteraksi dan berbual dengan pesakit.

Najib turut diberikan taklimat tentang keadaan dan keperluan di hospital berkenaan.

image

“Saya difahamkan bahawa ramai pesakit buah pinggang yang perlu menunggu lama sebelum giliran mereka untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital-hospital kerajaan,” katanya dalam entri terbaru dalam blognya, NajibRazak.com.

Katanya, kerajaan juga sedar bahawa bilangan mesin hemodialisis yang sedia ada di Hospital Sungai Buloh adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan penambahan beberapa unit mesin hemodialisis yang baru untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh dalam masa terdekat. Insya-Allah, saya yakin langkah ini akan membawa manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi Hospital Sungai Buloh, Dr Suryati Yakob, berkata dengan pemberian tambahan lima mesin hemodialisis kepada hospital berkenaan, ia diharap dapat memendekkan masa menunggu pesakit.

“Jangka masa untuk mendapat rawatan hemodialisis di hospital kerajaan adalah lama.. paling kurang adalah setahun. Dengan harapan sekiranya perkhidmatan ini dapat diperkembangkan, jangka masa menunggu rawatan hemodialisis di hospital kerajaan dapat dipendekkan.”

“Dengan pemberian lima unit hemodialisis semestinya ia dapat memendekkan jangka masa rawatan menunggu hemodialisis dan meningkatkan lagi bilangan pesakit dapat diserap dalam unit hemodialisis ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Najib ke hospital berkenaan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Top