Anda di sini!
Utama > Nasional > Petronas Nafi Akan Lepaskan Gas Dan Bahan Toksik

Petronas Nafi Akan Lepaskan Gas Dan Bahan Toksik

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan dakwaan akan melepaskan gas dan bahan toksik akibat kerja-kerja ‘plant shutdown’, yang menjadi viral di laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur Zamri Mohamad berkata pihaknya meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej tersebut yang hanya akan menimbulkan kebimbangan bagi penduduk yang tinggal di kawasan Paka dan Kerteh.

“Mesej yang menjadi viral tersebut adalah tidak benar dan kami tak pernah mengeluarkan mesej berkenaan yang turut meminta orang ramai supaya tidak keluar rumah akibat pelepasan gas tersebut.

“Kami tidak membuat pelepasan gas seperti yang didakwa dalam mesej tersebut dan saya harap orang ramai segera menghentikan viral tersebut sebab ia akan menimbulkan ketakutan dan kerisauan bagi penduduk di sekitar Petronas beroperasi,” katanya ketika dihubungi.

Zamri berkata Petronas sentiasa komited dan mengutamakan aspek keselamatan penduduk dan pekerjanya dari segala aspek.

Leave a Reply

Top