Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pesanan Ahmad Zahid Kepada Mukhriz Wajar Di Patuhi

Pesanan Ahmad Zahid Kepada Mukhriz Wajar Di Patuhi

mh online

Oleh: Zabidi Hj Saidi
(Mantan Editor Akhbar Watan)

Sepanjang berlakunya krisis politik Kedah, TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak langsung mengulas isu tersebut. Ketika itu beliau bercuti di luar negara.

image

Semalam beliau mengulas isu yang sudah selesai itu dengan menasihati Mukhriz Mahathir mencontohinya supaya istiqamah dalam perjuangan. Beliau beri contoh kepada dirinya sendiri yang mana selaku ketua pemuda pada tahun 1998 telah ditahan di bawah ISA setelah TPM, Anwar Ibrahim dipecat dari Umno.

Tetapi beliau kekal dalam Umno dan tidak mengikut Anwar menyertai PKR seperti rakan-rakan lain Ezam Mohd Nor, Azmin Ali, Saifudin Nasution, Beliau tidak ikut sahabatnya meninggalkan Umno kerana hanya Umno yang mampu membela nasib orang Islam dan orang Melayu.

Dengan peletakan jawatan Mukhriz sebagai MB Kedah semalam, ia bukanlah bermakna karier Mukhriz sudah berakhir. Beliau masih muda. Kena sabar dalam politik. Beliau tak payahlah terus mengkritik Najib sebaliknya berdiam diri seperti Zahid pada tahun 1998.

Pada tahun 1999 Zahid dikekalkan sebagai calon parlimen Bagan Datoh. Pada tahun 2000 Zahid yang kehilangan jawatan ketua pemuda terpaksa undur ke belakang bertanding ahli majlis tertinggi Umno. Pada zaman Pak Lah, baru beliau dilantik timbalan menteri pelancongan pada tahun 2003.

Selepas PRU 2004, baru Zahid dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama Islam. Pada tahun 2009, beliau bertanding naib presiden Umno dan menang di tempat pertama dan sekali lagi mengekalkan jawatan tersebut pada tahun 2013 dengan undi tertinggi juga.

Apabila Muhyiddin tidak ngam dengan Najib, maka Najib melantik Zahid sebagai TPM baru pada tahun 2015. Selama 17 tahun Zahid kekal istiqamah dalam Umno akhirnya Allah mengangkat beliau sebagai TPM yang baharu.

Justru itu jika Mukhriz berdiam diri, tidak melatah, Mukhriz akan naik dalam politik tanah air. Pada PRU 2018, Mukhriz sudah tentu kembali bertanding kerusi parlimen Jerlun. Tetapi jika beliau terus menyerang Najib, sudah tentu langkah itu tidak menguntungkan beliau dari segi masa panjang.

image

Oleh itu Mukhriz patuhilah nasihat Zahid. Bukannya kita tidak suka Mukhriz tetapi apabila majoriti 14 ketua bahagian tidak dapat menerima kepimpinan Mukhriz lagi sebagai MB, maka tindakan Mukhriz melepaskan jawatan MB adalah tindakan yang berjiwa besar tanpa menunggu undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Mukhriz kena bersyukur. Walaupun beliau kalah tanding ketua pemuda pada tahun 2009, beliau tetap dilantik timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Pada tahun 2013, beliau kalah tipis kepada Hishamuddin Hussein dalam pertandingan naib presiden Umno. Olrh itu jika Mukhriz ikut nasihat Zahid sudah pasti kerusi naib presiden Umno yang ditinggalkan Zahid bakal menjadi milik Mukhriz pada pemilihan 2018.

Oleh itu kehilangan jawatan MB bukanlah kehilangan segala-galanya. Kerana masa depan beliau masih ada dalam politik Umno. Beliau harus muhasabah kenapa pemimpin Umno Kedah menolaknya. Oleh itu beliau kena pastikan orang di sekelilingnya tidak merosakkannya lagi terutama puak puak Ansara.

Leave a Reply

Top