Cadangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah perlu disokong semua pihak demi kepentingan umat Islam.

Perwakilan Umno Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, rakyat secara keseluruhannya perlu yakin bahawa RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) itu tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Kita wajar memberikan sokongan terhadap RUU 355 supaya ia diterima.

“Seperti yang disebut Presiden Umno, RUU ini tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan khususnya berhubung keperluan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil alih cadangan pindaan berkenaan untuk dikaji dan diperhalusi sebelum dibawa sebagai usul.

Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak bimbang dengan cadangan itu.

Selain itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau berkata, kerajaan diminta untuk memperkasakan sistem guaman syariah di seluruh negara.

“Kerajaan perlu mewujudkan pemusatan, menyatukan guaman syarie di negara kita kerana pada masa ini pelaksanaan antara satu negeri dan negeri lain berbeza. Keadaan ini menyebabkan rakyat keliru,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *