Disaksikan hampir 3 juta penonton dan trending di Twitter pada setiap minggu, program realiti popular TV3, Mentor Milenia 2017 kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan perbualan hangat di laman media sosial. Sekali lagi, barisan mentor dan protégé diberikan kejutan apabila tiada penyingkiran diadakan dimana dua peserta paling corot, Along (Tomok) dan Anna (Akim) masih berpeluang untuk bertanding di pentas ini bersama-sama Balqis & Usop (Hazama), Elica & Anna (Akim), Syeera (Black) dan Qalisya & Along (Tomok).

Digelar sebagai ayam tambatan kepada kumpulan Tomok, Mohamad Rozaimi Rosli, atau lebih dikenali sebagai Along, pernah dipuji kerana pandai menguasai emosi dalam nyanyian. Sayangnya Along gagal menghayati lagu Tiara (KRIS) apabila beliau cuba mendalami wataknya sebagai seorang lelaki gila dalam persembahan itu,

Noor Jannah Abu Hanipah, atau Anna (protégé Akim) pula berjaya meraih 15 markah daripada juri awam dengan lagu berjudul Nirmala (nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza). Muncul sebagai peserta pertama, persembahan Anna dikatakan sebagai satu pembukaan yang tidak mengecewakan, namun Datuk Hattan selaku juri tetap telah mengingatkan Anna untuk memperbaiki segala kelemahan, terus mencabar diri untuk memberikan persembahan yang lebih baik.

Persembahan Elica (protégé Akim) yang mempertaruhkan lagu Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla) telah mendapat tepuk sanjungan (standing ovation) daripada Datuk Hattan, diraikan sebagai juara mingguan konsert battle ketiga. Sebagai seorang peserta yang versatil dan berbakat besar, Elica juga menerima pujian daripada Datuk Hattan kerana mampu menggunakan teknik nyanyian dengan betul.

Penonton terharu dengan persembahan istimewa daripada peserta pilihan sesi uji bakat Mentor Milenia 2017, adik Fina yang merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Pertama kali diperkenalkan kepada khalayak umum, persembahan adik Fina dengan lagu ciptaannya ‘Tuhan Jagakan Dia’ telah menyentuh hati para penonton. Walaupun cacat penglihatan, adik Fina tetap gigih mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio.

Datuk Hattan selaku juri tetap berkata, “Setiap protégé sudah semakin yakin dengan persembahan mereka. Selain mempunyai peningkatan dari segi vokal, mereka juga semakin selesa untuk menggunakan pentas ketika membuat persembahan. Saya berharap mereka mampu meningkatkan prestasi untuk konsert-konsert akan datang.”

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *