Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Permohonan Dan Kemaskini BR1M Kini Dibuka

Permohonan Dan Kemaskini BR1M Kini Dibuka

Kerajaan memaklumkan permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun depan akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata bagi permohonan secara manual atau pengisian borang, Borang BR1M 2018 boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

“Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

“Portal ini juga boleh digunakan untuk permohonan atau bagi mengemas kini butiran secara atas talian.

“Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia dan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

“Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.

Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018, yang sudah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Leave a Reply

Top