Penyanyi Hafiz Suip berasa bimbang apabila tunangnya Nureffy Jasreel, 22, terkena demam denggi dan ditahan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sejak Ahad lalu.

Hafiz atau nama sebenarnya,Mohd Hafiz Suip, 27,berkata, pelbagai perkara negatif yang terlintas difikirannya memandangkan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung kira-kira sebulan lebih sahaja lagi.

“Ini merupakan dugaan paling berat apabila tunang saya ditahan di wad kerana demam denggi dan lebih membimbangkan saya platlet darah dia mencecah rendah sehingga 16 bpl (billion perliter).

“Saya sungguh risau sehingga bermacam-macam benda negatif bermain difikiran saya, maklumlah demam denggi ini sangat bahaya dan boleh membawa maut, majlis kami pula sudah tidak lama lagi sahaja,” ujarnya.

Hafiz ditemui pada majlis pengumuman finalis Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang diadakan di Menara Star, di sini, Khamis.

Tambah Hafiz, buat masa ini dia perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bakal isterinya itu supaya dapat pulih seperti sedia kala.

“Saya harap benar dia dapat sembuh dengan cepat, nasib baik juga persiapan perkahwinan kami diuruskan oleh keluarga, dan dia perlu berehat secukupnya selepas keluar hospital nanti,” ujarnya.

Hafiz dan Nureffy mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu di kediaman wanita itu di Kuching Sarawak.

Pasangan yang bakal bernikah pada 14 Mei di Kuching, Sarawak, ini berkata, persiapan untuk majlis berkenaan sudah pun hampir 80 peratus selesai.

Dia akan mengadakan empat majlis iaitu majlis khatam Al-Quran, majlis berinai dan dua majlis resepsi iaitu sebelah lelaki dan perempuan.

“Kami akan mengadakan empat majlis dan daripada segi tajaan buat masa ini saya hanya ambil tajaan lokasi sahaja.

“Kalau boleh dari segi makan saya mahu keluar duit saya sendiri sebab kita beri makan untuk tetamu lebih afdal pakai duit saya sendiri daripada ambil tajaan,” ujarnya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *