Pergerakan penumpang di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (SGIA), meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun kepada 9.5 juta pada Mac 2016.

Menurut MAHB, trafik antarabangsa bertambah sebanyak 2.9 peratus kepada 4.2 juta penumpang manakala trafik domestik naik 2.6 peratus kepada 5.3 juta penumpang.

“Bagi lapangan terbang di Malaysia, 7.2 juta penumpang direkodkan pada Mac 2016, susut 0.8 peratus berbanding Mac 2015 dengan sektor antarabangsa meningkat 2.1 peratus manakala sektor domestik susut 3.3 peratus.

“Penumpang Istanbul SGIA terus mencatatkan pertumbuhan dua digit pada 15.7 peratus bagi bulan berkenaan, dengan sektor antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat 6.9 peratus dan 20.5 peratus,” menurutnya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada isnin.

Bagi suku pertama tahun ini, secara keseluruhan sistem MAHB mengendalikan 28 juta penumpang, meningkat 6.9 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai unjuran, permintaan bagi perjalanan udara terus kekal dalam lingkungan positif, menurut MAHB.

“Suku kedua pula menyaksikan kelebihan Malaysia Airlines dalam meningkatkan prestasi dan baru-baru ini pengumumkan perkongsian kod dengan Emirates.

“Begitu juga, perkongsian kod dan perjanjian antara Malindo Air yang dijangkakan dengan syarikat penerbangan asing akan turut membantu, kini mereka beroperasi semula di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” menurutnya.

Tambahan pula, menurut MAHB, walaupun pengurangan dua angka kekerapan penerbangan Malaysia Airlines, 3.4 peratus pertumbuhan dalam pergerakan penumpang di Malaysia kepada 22 juta bagi suku pertama adalah adalah pencapaian berwibawa.

Selain itu, pengurangan kekerapan berkenaan telah banyak diganti oleh faktor muatan penumpang yang lebih tinggi dan syarikat penerbangan baharu.

“MAHB yakin jumlah akhir bagi lapangan terbang di Malaysia akan memenuhi jangkaan 2.5 peratus pertumbuhan bagi 2016,” menurutnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *