Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Peranan PKR Diperkecilkan Di Terengganu?

Peranan PKR Diperkecilkan Di Terengganu?

Oleh : Zabidi Saidi

Setelah PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sepatutnya PKR yang menguasai Pakatan Harapan di Terengganu. Sebaliknya PPBM diberi 15 kerusi manakala PKR lapan kerusi AMANAH tujuh  kerusi dan DAP dua kerusi dalam PRU 14 yang ditularkan dalam group whatsapp hari ini.

PKR yang lebih lama bertapak di Terengganu sejak tahun 1999 dengan memenangi kerusi parlimen Kemaman terpaksa beri laluan kepada PPBM yang baru berusia setahun jagung. Malah PPBM tidak pernah ada kerusi dalam DUN Terengganu sebaliknya PKR menang di DUN Bandar pada PRU 13.

Pada PRU 14, PKR kena beri laluan kepada DAP  di DUN Bandar manakala DAP akan bertanding di dua DUN, Bandar dan Chukai. Di Chukai, DAP akan menentang BN dan PAS yang disandang oleh Hanafiah Mat.

Pada PRU 13, Hanafiah menang dengan majoriti 2,446 undi. Beliau mendapat 12,457 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mendapat 10,011 undi. Dikatakan undi cina sebanyak 6,000 mengundi PAS dan ada yang tidak keluar mengundi kerana pengundi Cina tidak berkenan kepada calon BN, maka PAS menang.

Dengan masuknya DAP di Chukai mampukah DAP mendapat undi yang solid dari 6,000 pengundi Cina yang akan menjadi penentu kepada perpecahan undi orang Melayu? Berjayakah DAP mencipta sejarah di Terengganu dengan memenangi kedua-dua kerusi DUN?

PPBM diperuntukkan 15 kerusi iaitu Jerteh, Hulu Besut, Langkap, Batu Rakit, Tepoh, Teluk Pasu, Wakaf Mempelam, Bukit Payong, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang,Ajil, Rantau Abang, Paka dan Kijal.

PKR diberikan lapan kerusi iaitu Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Ladang, Telemong, Bukit Besi, Sura dan Air Putih.

AMANAH yang sepatutnya diberi peranan utama untuk menentang PAS diberikan tujuh kerusi iaitu Kuala Besut,Jabi, Bukit Tunggal, Batu Buruk, Alor Limbat, Rhu Rendang dan Kemasik.

Jika senarai yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan ini benar, maka BN sudah dapat kenalpasti calon muda untuk berhadapan dengan calon pembangkang. Pastikan calon yang lama digugurkan supaya ada peremajaan di kalangan calon BN. BN perlu berubah untuk meletakkan calon muda yang lebih berkaliber, yang berpelajaran, yang bersih dan digemari rakyat bawahan.

Tidak pasti calon MB Pakatan Harapan  siapa? Adakah ia dari PPBM? Adakah Razali Idris atau Datuk Zulkifli Mohamad. Rakyat akan membandingkan calon MB Pakatan Harapan dengan calon MB BN. Jika Zulkifli yang jadi pilihan Pakatan Harapan maka Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih digemari rakyat untuk kekal sebagai MB.

Kali ini pengundi memilih wakil rakyat berdasarkan personaliti calon. Oleh itu BN kena pastikan calon mesra rakyat yang dipilih untuk berhadapan dengan calon parti pembangkang.

Leave a Reply

Top