Penyertaan golongan belia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara selaras dengan dasar Transformasi Nasional (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau amat positif bahawa dengan persediaan dan sikap yang betul, transformasi berkenaan yang kelihatan mustahil pada mulanya, boleh menjadi kenyataan.

“Hanya melalui dedikasi dan kerjasama, kita dapat mengatasi dan menakluki masa depan kita sendiri.

“Input daripada golongan belia adalah penting kerana pada akhirnya mereka yang akan menjadi pemiliknya dan mendapat manfaat daripada rancangan itu pada 2050,” katanya ketika merasmikan persidangan Asia Urban Youth Assembly (AUYA) bersempena Konvensyen Antarabangsa Bandaraya Berkembar Melaka ke-17 .

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *