Anda di sini!
Utama > Terkini > Peniaga Di Mara Digital Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu.

Peniaga Di Mara Digital Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu.

mh online

Oleh: Fansyuri

Mara digital yang kononya adalah saingan kepada Low Yat nampaknya suram, ditambah pula dengan “attitude” peniaga yang saya ibaratkan seperti “Hidup Segan Mati Tak Mau”.

Idea Menteri KKLW itu sebenarnya cukup baik,tetapi telah di “spoilkan”oleh peniaga.Bayangkan bagaimana nak berniaga jika barang yang dipamerkan pun ada setakat empat lima jenis sahaja.

Lebih parah dari itu para peniaga pula tidak ramah melayan pelanggan,saya sendiri bertanya kepada peniaga “dik ada barang ini tak” dan dijawabnya “abg tengok je kat depan tu kalau ada kat situ ada lah kalau tiada maknya tiada lah”.

Saya cuba bertanya lagi “dik casing hp jenis ini ada tak?” Dijawabnya dengan jawapan yang sama,pekerja itu hanya duduk dan bermain handphone sahaja dan tak nak berusaha sedikit pun untuk mencari barang yang pelanggan nak beli.

Perkara ini memberi imej yang tidak baik kepada peniaga melayu.Sejujurnya saya lebih selesa membeli di kedai peniaga berbangsa cina di Pertama Kompleks jika inilah layanan yang diberikan peniaga melayu.

Perbezaan yang ketara bila masuk sahaja pintu Pertama Kompleks,peniaga yang rata-rata orang cina menyapa saya “bang mau cari hp jenis apa?” itu baru berjalan saja jika kita berhenti depan kedai mereka bertanya lagi “cari hp baru ka second hand”.

Saya cuba bertanya lagi “casing hp jenis ini ada tak”,dia terus mencari barang yang saya cari,tetapi tiada dikedai tempat saya berhenti tadi.

Peniaga ini cuba menyakinkan saya “tak apa,abg tunggu sekejap saya cari kedai kawan saya” 10 minit kemudian dia datang membawa barang saya saya cari dan saya membayarnya lalu beredar.

Disini kita dapat membezakan sikap peniaga bumiputra dan peniaga bukan bumiputra.Saya bukan rasis tetapi inilah hakikatnya peniaga melayu masih dengan sikap mereka bermalas-malasan,tidak menghargai peluang yang kerajaan sediakan.

Sepatutnya peniaga di Mara Digital lebih peramah dari peniaga di Pertama Kompleks dan Low Yat.

Jika pendapat jualan mereka RM80,000 sekarang,tidak mustahil jika mereka berubah jualan mereka boleh mencecah RM150,000 sebulan.

Saya benar-benar berharap peniaga di Mara Digital berubah dan keluar dari kepompong “INI KAWASAN MELAYU”.

Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan,kita perlu bersedia bersaing dengan sesiapa sahaja dan jangan anggap peniaga cina itu musuh kita.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top