Share on Facebook

FOKUS PRU-14 BANDAR TUN RAZAK

Oleh: Abdullah Karim

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) Datuk Rizalmam Mokhtar berkata sebagai Ketua Umno Bahagian beliau meraikan segala pandangan dan kemahuan peringkat akar umbi.

Katanya apa yang disuarakan oleh Kelab Veteran Umno Bandar Tun Razak merupakan cetusan sabahagian suara dan kehendak orang Melayu di Bandar Tun Razak yang merupakan pengundi dominan dalam kawasan itu.

“Suara ini sudah berkumandang hampir 25 tahun dan melepasi 5 kali Pilihanraya umum.
Pilihanraya ke 12 dan 13 sudah membuktikan pengundi semakin menolak calon dari MCA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mohd. Alias Abdul yang mahukan pucuk pimpinan negara meletakkan calon Umno pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU 14) yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

“Langkah ini perlu diambil berikutan kuasa pengundi Melayu meliputi 58.7 perarus­ daripada 86,602 pengundi­ di Parlimen tersebut,” ujar Datuk Alias dalam satu majlis di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Sabtu lepas.

Datuk Mohd. Alias berkata beliau akan memanjangkan perkara ini ke Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan tidak lama lagi.

Pada PRU-12 dan PRU-13, Umno BTR kehilangan kerusi ini kepada PKR berikutan keputusan pucuk ke­pimpinan meletakkan calon MCA melawan calon pembangkang dari keturunan Melayu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datuk Rizalman menegaskan apabila memperkatakan soal calon PRU banyak cakap-cakap mengatakan Ketua Umno adalah calon layak, beliau menegaskan tidak semestinya calon tersebut datangnya daripada Ketua Bahagian.

Sesiapa sahaja boleh dipilih jadi calon Parlimen BTR asalkan calon tersebut direstui pucuk pimpinan serta boleh membawa kemenangan kepada parti.

“Perkara paling penting sekali ialah pengundi-pengundi di BTR mahukan calon dari Umno. Apabila ini terjadi sudah tentu mereka gembira dan memilih calon dikehendaki.

“Calon tersebut juga mesti ada kekuatan iaitu yang disenangi dan jangan lupa calon itu mesti boleh menang ataupun dengan lain-lain perkataan winable candidate,” jelas anak kepada tokoh Umno, Datuk Mokhtar Samad.

Datuk Rizalman menambah gerap perubahan berfikir orang Melayu di BTR sudah jauh berubah.

Mereka sudah bersedia memulangkan semula Parlimen BTR Ini kepada Umno.

“Berlaku perubahan yang positive di BTR sejak hampir 10 tahun. Calon dari PKR telah diberi peluang dan ternyata mereka gagal menjalankan amanah yang diberi,” katanya.

Datuk Rizalman mengajak seluruh pengundi di BTR supaya beri peluang kepada calon Umno mewakili mereka.

“Rakyat BTR dah ketinggalan hampir 10 tahun menanggung kerugian pembangunan dan jangan biarkan kita terus berada dalam kerugian,” ujarnya.

Menjawab soalan apa tindakan Umno BTR seandainya MCA tetap mahukan kerusi tersebut, beliau menjelaskan semangat setia kawan dalam BN yang amat tinggi akan dipatuhi.

“Kita akan tetap bekerja atas semangat setiakawan BN dan cuba lakukan yang terbaik untuk redakan sentimen pengundi supaya memberi sokongan pada calon BN,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *