Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pengguna Facebook Di Malaysia Meningkat Kepada 96.5%

Pengguna Facebook Di Malaysia Meningkat Kepada 96.5%

Penggunaan internet terkini di negara ini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2016.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari, berkata kajian dalam kalangan pengguna media sosial mendapati 15.5 peratus adalah remaja berumur 19 tahun ke bawah.

“Dari hasil kajian itu juga mendapati, pengguna media sosial menghabiskan masa mereka menggunakan internet sekitar empat jam sehari.

“Pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 peratus setakat ini.

“Turut meningkat adalah pengguna akaun Instagram dari 46.7 peratus kepada 56.1 peratus, manakala pengguna Twitter bertambah 26.5 peratus kepada 26.6  peratus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP – Kulai) yang meminta kerajaan menyatakan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat peribadi.

Mengulas isu perlindungan data peribadi, Jailani meminta pengguna internet supaya berwaspada, terutama dalam penyaluran maklumat.

Katanya, pelbagai risiko yang boleh mengancam pengguna internet dalam dunia tanpa sempadan hari ini terutama ketika menggunakan media sosial.

Leave a Reply

Top