Pengarah Imigresen Perak antara empat individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah melibatkan operasi pusat hiburan dan rumah urut.

Semua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi Khamis di beberapa lokasi di sekitar Perak.

Sumber memberitahu, pengarah Imigresen berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua ahli perniagaan yang masing-masing berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun.

“Siasatan mendapati, mereka dipercayai terlibat dalam memberi dan menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak,” kata sumber itu.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama lima hari bermula Khamis untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Nooraziah Abd. Manaf  ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *