Pengalaman pesara semasa berkhidmat sebagai penjawat awam boleh dimanfaatkan bagi membantu mencapai objektif gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pesara kerajaan boleh berkongsi pengalaman mereka dalam merealisasikan gagasan ilham itu yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengalaman golongan pesara kerajaan, yang tidak ada pada generasi kini, boleh membantu kerana  pengalaman ini bukan setahun dua tahun tetapi puluhan tahun terutamanya semasa memimpin dalam organisasi.

“(Pengalaman ini) boleh dicantumkan atau diasimilasikan bagi membolehkan transformasi berkaitan pengalaman dan kepakaran dapat digabungkan yang akhirnya membawa kepada kebaikan negara,” katanya ketika merasmikan penutupan Forum TN50 (Pesara) anjuran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YPKM) di sini, pada selasa.

Forum setengah hari itu menyaksikan pembentangan Kertas TN50 (Pesara) oleh Pemegang Amanah YPKM, Tan Sri Sulaiman Mahbob disusuli pembincangan serta input daripada hadirin.

Pada sidang media kemudian, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, kerajaan memandang tinggi nilai pengalaman golongan pesara dan menganggap ia elemen penting dalam agenda pembangunan TN50.

Sementara itu, pengerusi YPKM, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, yayasan itu bercadang meneruskan sesi berkenaan di beberapa lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, resolusi daripada perbincangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk dimanfaatkan dalam TN50.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *