Anda di sini!
Utama > Terkini > Penduduk Kemaman Ambil Insuran Perlindungan Banjir

Penduduk Kemaman Ambil Insuran Perlindungan Banjir

mh online

Satu polisi insurans khas iaitu skim perlindungan bencana, Polisi Insurans Kampung Ku, diperkenalkan di kawasan Parlimen Kemaman bagi membantu mangsa banjir mengurangkan beban kewangan mereka setiap kali ditimpa musibah itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebagai permulaan, 6,000 penduduk di daerah Kemaman telah mengambil insurans bencana berkenaan.

“Sekiranya berlaku banjir dan mereka berpindah, pihak insurans ini akan memberikan pampasan sebanyak RM1,000 dengan kadar masa yang segera,” katanya yang juga Anggota Parlimen Kemaman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran dan Penyampaian Polisi Insurans Kampung Ku Parlimen Kemaman di Pejabat Umno Bahagian Kemaman Isnin malam.

Penduduk di Kemaman hanya perlu membayar pada kadar RM50 sahaja untuk polisi insurans itu yang diperkenalkan dengan kerjasama syarikat insurans, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad itu.

Pemegang insurans berkenaan juga layak menerima pampasan sekiranya berlaku bencana lain seperti kebakaran, kerosakan harta benda akibat ribut atau kilat dan sebagainya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top