Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Penduduk Dunia Hadapi Masalah Obes & Kurang Zat

Penduduk Dunia Hadapi Masalah Obes & Kurang Zat

Hampir setiap negara di dunia kini berdepan masalah zat serius, sama ada disebabkan terlebih makan hingga obes atau kurang makan yang membawa kepada kekurangan zat.

Penyelidik di sebalik Laporan Zat Global, yang meneliti keadaan 140 negara, berkata masalah itu menghentikan perkembangan manusia secara keseluruhan, dan menggesa perubahan kritikal dalam reaksi kepada ancaman kesihatan global itu.

Laporan mendapati ketika kadar kekurangan zat menurun secara global, ia tidak cukup cepat bagi memenuhi Matlamat Perkembangan Mapan yang dipersetujui antarabangsa bagi menghentikan semua bentuk kekurangan zat menjelang 2030.

Menurut laporan, lebih 155 juta kanak-kanak bawah usia lima tahun tidak membesar disebabkan kekurangan zat dan 52 juta tidak mempunyai berat sesuai dengan ketinggian.

Dari satu segi, terlebih makan semakin membebankan penduduk dunia semua peringkat umur dan laporan mendapati dua bilion daripada tujuh bilion penduduk dunia kini mengalami masalah obesiti.

Di Amerika Utara, satu pertiga lelaki dan wanita adalah obes. Di seluruh dunia, sekurang-kurangnya 41 juta kanak-kanak bawah usia lima tahun memilik berat badan berlebihan manakala di Afrika saja, 10 juta kanak-kanak dikelaskan sebagai berat berlebihan.

“Secara sejarahnya, masalah anemia daripada sebelah ibu dan kanak-kanak kurang zat makanan dilihat sebagai masalah berasingan dengan obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

“Realitinya, ia ada kaitan rapat dan disebabkan ketidaksamaan di seluruh dunia. Itu sebabnya kerajaan perlu menanganinya secara holistik, bukan masalah berbeza,” kata Profesor Jessica Fanzo dari Universiti Johns Hopkins yang mengetuai laporan berkenaan. – Reuters

Leave a Reply

Top