ALOR SETAR, PAS semakin hampir memutuskan hubungan dengan PKR selepas usul berhubung perkara itu mendapat sokongan penuh perwakilan Dewan Pemuda PAS (DPP) dari seluruh negara.

Usul itu dibentangkan perwakilan DPP Terengganu, Ab Rahman Che Mat dengan memberi hujah bahawa PKR tidak mengikut syarat yang seharusnya dipatuhi parti tersebut.

Antara hujah yang dibangkitkan adalah soal kebajikan umat Islam yang gagal dijaga PKR khususnya di Selangor.

“Saya cadangkan kita putuskan hubungan dengan PKR.

“Cerai talak tiga,” katanya di sini pada Jumaat.

Usul tersebut mendapat sokongan wakil DPP Shah Alam sebelum disokong penuh oleh semua perwakilan.

Usul berkenaan akan dibawa untuk dibincangkan pada Muktamar Dewan PAS Pusat yang bermula pada Sabtu.

Sekiranya mendapat sokongan, usul itu akan dibentangkan pada Majlis Syura sebelum keputusan akhir dibuat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *