Share on Facebook

Penduduk Palestin melancarkan lebih banyak bantahan anti-Amerika Syarikat (AS) hari ini dan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut di Semenanjung Gaza selepas undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Asap berkepul dari tayar terbakar dalam demonstrasi di Baitulaham di jajahan Tebing Barat, dua hari sebelum sambutan Krismas di bandar berkenaan.

Tembakan Israel mengenai lelaki Palestin berusia 24 tahun dan mencederakan 10 penunjuk perasaan lain ketika demonstrasi disertai insiden membaling batu di Semenanjung Gaza, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin.

“Zakaria al-Kafarneh, 24, maut selepas ditembak di dada di timur Jabalia (di utara Gaza),” kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan.

Saksi berkata, seorang penunjuk perasaan yang cedera mengejek Presiden AS, Donald Trump sebagai ‘bodoh’ dan ‘pengecut’ serta berpakaian Santa Claus.

Bantahan meletus di semua tujuh bandar Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin cedera terkena peluru getah dilepaskan pasukan keselamatan Israel yang turut melepaskan gas pemedih mata. -Reuters/AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *