KANADA, Kira-kira 22 pemohon suaka termasuk kanak-kanak melarikan diri dari Amerika Syarikat (AS) ke Kanada di tengah-tengah ketidaktentuan sistem pelarian bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Kelmarin, pegawai di daerah Emerson di wilayah Manitoba, Greg Janzen memberitahu, kebanyakan daripada mereka adalah warga Afrika yang sanggup menggadai nyawa menyeberangi sempadan Manitoba.

Difahamkan, lapan daripada mereka tiba di Ottawa pada Jumaat lalu.

Di bawah perjanjian antara Kanada dan AS, pihak yang menuntut dikehendaki memohon perlindungan di negara pertama mereka jejaki, namun ia tidak boleh diguna pakai terhadap mereka yang menyeberangi sempadan secara haram.

Trend itu bagaimanapun, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai di Emerson yang turut menggesa pihak berkuasa persekutuan dan wilayah meningkatkan sumber menangani situasi tersebut.

“Tindakan menyeberang sempadan secara haram adalah bahaya,” kata jurucakap konservatif, Tony Clement.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *