Pakatan Pembangkang menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan bersama Majlis Presiden pakatan pembangkang itu di laman sosial media Facebook rasminya, hari ini.

“Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU-14.

“Pakatan Harapan merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14,” katanya.

Kenyataan itu menyatakan nama Pengerusi Pakatan Pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan tiga Timbalan Presiden iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Sebelum ini, PAS menyifatkan tuduhan parti itu penyebab pertandingan tiga penjuru pada PRU-14 sebagai kenyataan dangkal dan sengaja diputar belit.

Sebaliknya, PAS menegaskan pencetus pertembungan sedemikian adalah Parti Amanah Negara (PAN) yang nekad mahu meletakkan calonnya di semua kerusi ditandingi PAS.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *