Kumpulan pembangkang Syria mengumumkan perwakilan mereka untuk pusingan seterusnya rundingan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, hujung bulan ini.

Jawatankuasa Rundingan Tertinggi (HNC) pembangkang Syria dalam satu pertemuan di Riyadh memberitahu, mereka telah memilih 20 ahli delegasi untuk rundingan tersebut.

“Nasr al-Hariri dipilih untuk mengetuai perwakilan rundingan, Alice Mofarrej sebagai timbalan ketua dan Mohammad Sabra sebagai ketua perunding,” menurut HNC dalam satu kenyataan.

Kumpulan pembangkang turut menggesa rejim Presiden Bashar al-Assad menamatkan pencabulan gencatan senjata dan mendakwa mereka mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan udara ke atas kumpulan pemberontak ketika perbincangan sedang dijalankan.

“Tujuan rundingan ini adalah untuk membawa peralihan politik yang disokong PBB.

“Semua kuasa asing dan militia yang bersekutu dengan rejim perlu meninggalkan Syria,” menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, HNC mengambil bahagian dalam rundingan damai tahun lalu, namun tidak dijemput ke mesyuarat antara rejim dan wakil pemberontak di Astana, Kazakhtan, bulan lalu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *