Parti pembangkang dan media proksi mereka meneruskan kempen mensabotaj ekonomi negara dengan menyebarkan pembohongan menggunakan laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, parti pembangkang menyebarkan pembohongan itu demi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, sepatutnya mereka perlu berasa malu kerana tindakan itu memalukan negara dan rakyat Malaysia dengan berita palsu yang jelas tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global itu mengenai Malaysia.

“Mereka (pembangkang dan proksi media) mengetahui Kerajaan ini mempunyai pelan ekonomi dan perancangan itu telah dan akan terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Malaysia.

“Ini adalah pencapaian sebenar Kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan rekod pencapaian ekonomi negara (berdasarkan laporan Bank Dunia),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *