Parti Bersatu memberi bayangan seolah-olah akan mengetuai Pakatan Harapan menjelang PRU14 nanti.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sebagai mendukung perjuangan Pakatan Harapan demi memastikan pakatan tersebut dipelopori orang parti berteraskan Melayu seterusnya mewujudkan keyakinan rakyat.

“Paling penting melihat gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan Bersatu antara parti utama yang akan mendukung perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.

“Kita mahukan agar gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin,” katanya yang dipetik daripada laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas turut memberitahu perkara itu akan dibincangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

“Satu atau dua hari lagi kita akan berbincang bersama-sama, ini cuma pandangan peribadi saya.

“Jika tuan-tuan kata ‘OK’ saya akan bawakan perkara ini. Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan Pakatan Harapan dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati,” ujarnya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *