Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Pakatan pembangkang bukan hanya menyajikan nostalgia dongeng tetapi lebih berbahaya dengan menjanjikan harapan palsu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata janji pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya setakat menabur janji dan tidak boleh dilaksana.

“Kalau mendengar janji pihak lawan, nescaya kita akan jadi Superman, boleh terbang, angkat bangunan namun hakikat dunia tidak sebegitu.

“Contohnya, tiada siapa suka bayar cukai tetapi suka atau tidak, kita tetap kena bayar cukai kerana cukai itulah yang membiayai pembangunan, membantu yang memerlukan, dilabur untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda di sini, sebentar tadi.

Khairy turut membidas pakatan pembangkang kononnya parti gabungan itu maksum dan tiada ketirisan serta rasuah.

“Betul ke pembangkang tiada rasuah? Kes banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu apa? Kes rumah Disneyland di Ampang, kes jambatan Klang ketiga kos naik RM41 juta daripada asal, kes permit jual pasir, kos perunding buat lebuh raya dan terowong sampai RM305 juta, bukankah itu semua ketirisan?

“Jangan lupa harapan palsu mereka ini bukan hanya setakat menghapuskan GST tetapi ada macam-macam lagi,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *