Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pembaca Berita Terkejut Dengan Kehadiran Anjing Di Sebelahnya

Pembaca Berita Terkejut Dengan Kehadiran Anjing Di Sebelahnya

RUSIA. Seorang pembaca berita televisyen Mir24 TV menghadapi saat yang mencemaskan apabila dia dikejutkan dengan kehadiran seekor anjing sewaktu bersiaran di kaca TV, lapor Huffington Post.

Dalam satu video berdurasi 56 saat itu menyaksikan pembaca berita, Ilona Linarte yang terkejut dan kelihatan ketakutan apabila melihat seekor anjing tiba-tiba berada di sebelahnya.

Ketika kejadian, Linarte kelihatan cuba berlagak tenang dan meneruskan bacaan beritanya namun mula rasa kurang selesa apabila haiwan berkenaan berada terlalu rapat dengannya sebelum menjerit.

Apabila menyedari bahawa anjing tersebut tidak akan menyakitinya, dia kemudiannya bertindak cuba mengusap kepala haiwan tersebut namun masih kelihatan canggung.

“Saya sebenarnya lebih menyukai kucing, saya pencinta kucing,” katanya sewaktu bersiaran.

Sementara itu, laporan menunjukkan anjing tersebut adalah milik pengunjung di stesen TV berkenaan yang terlepas dari tuannya.

Leave a Reply

Top