Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pemandu Bas Ditangkap Khalwat Bersama Isteri Orang

Pemandu Bas Ditangkap Khalwat Bersama Isteri Orang

Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres di sebuah bilik hotel.

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan wanita berusia 41 tahun yang masih berkahwin itu bersama pemandu bas berusia 53 tahun, dalam satu operasi, awal pagi Isnin.

Ibu yang mempunyai anak berusia lapan dan 11 tahun itu mendakwa dia berdepan masalah rumah tangga dan berkongsi kesedihan itu dengan pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasan wanita itu dan akan mendakwa pasangan terbabit kerana berkhalwat.

“Kita akan buka kertas siasatan ke atas mereka,” katanya.

Noraminuddin berkata, tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 15 pegawai Jaim.

 

Leave a Reply

Top