Anda di sini!
Utama > Sukan > Pemain Kelantan Bermain Taktikal Pelik

Pemain Kelantan Bermain Taktikal Pelik

mh online

Saya tak tahu bagaimana nak bermula. Nak komen apa pun tak tahu. Saya hairan dengan karektor TRW malam ini.

TRW tidak berada dalam shape pasukan bolasepak. Bukan seperti pasukan yang nak mencabar kejuaraan mana-mana piala.

Pemain beraksi di tahap pelik. Pemain yang semuanya bintang dan bekas bintang bermain bolasepak yang sukar diterima corak aksi mereka oleh kelompok massa bolasepak Kelantan.

Mereka tidak boleh menghantar bola tepat kepada rakan. Mereka tidak menguasai bola di kaki. Mereka tidak bertahan seperti mana permainan bolasepak sebenar. Mereka bermain seperti tidak berlatih.

Beberapa pemain menunjukkan karektor pongah dan mencak. Hampir semua. Permainan keras ditampilkan dengan tiupan wisel mengganggu rentak. Satu sudut dilihat untuk mengganggu penguasaan lawan. Satu sudut lain mereka tidak mampu menumpukan perhatian untuk mengawal permainan.

Pasukan lawan bermain dengan possession football yang bagus seawal minit kedua sehingga ke minit akhir separuh masa pertama. TRW meningkat dalam skala minimum pada separuh masa kedua. Pada masa tambahan dilihat seimbang tetapi TRW bermain kacau bilau.

Saya tak ingat bila TRW bermain seteruk ini. Menghantar bola ke atas seperti tak nampak rakan yang dekat. Bola sepatut cross dia masih gelecek. Bola hantar ke rakan dipintas mudah oleh pemain lawan. Work rate sebahagian besar pemain hancus.

Tak nampak pemain mana yang benar-benar bermain seperti pemain profesional. Khabarnya semua pemain bintang. Siapa yang suruh main jahat? Coach ke? Ke saja -saja buat sebab tertekan kena serang sokmer?

Kedah tak mampu bermain cantik dengan pasukan yang bermain taktikal huru hara. Dramane dan Ilijoski seperti tak wujud.

Saya tak nak salahkan satu atau dua pemain saja sebab semua perlu bertanggunggjawab. Kalah tapi tak kecewa sangat sebab sendiri cari pasal.

Satu piala dah terlepas. Saya dah menyampah dengan ayat-ayat poyo katanya kita nak treble. Kamon la bro, move forward la. Tak payah duk pikir sejarah. Benda tu susah nak berulang. Bersyukur lah sebab pernah kecapi.

Untuk K. Devan, saya tak suka beri tekanan. Coach TRW mesti kental. Kerusi ni panas. Serap tekanan itu dengan keputusan baik. Soalnya sekarang, keputusan tidak memihak. Permainan corak pelik pula ditampilkan.

Saya harap aksi seumpama malam tadi tidak diulang lagi. K. Devan pasti dapat belajar sesuatu. Saya tak ingin menyuruh anda disingkirkan. Kena buck up segera. Recover kerosakan dengan cepat. Posisi anda sebagai coach nampak terancam jika KAFA mendengar kata peminat.

Buat pemain, saya tak fikir anda bermain untuk kalah. Anda semua bintang. Hampir semua pemain pernah ada cap kebangsaan. Buktikanlah sesuatu untuk perlawanan berikutnya.

Saya sebagai penyokong kecewa malam tadi. Kecewa dengan pemain semua.Tapi tak sedih. Sebab tahap yang anda semua persembahkan tidak berjaya membuatkan saya simpati dengan kekecewaan anda.

Saya akan tetap setia. Percayalah. Saya setia di page ini merepek, meroyan, memuji, menyokong dan mendorong anda sejak 2012 lagi. Saya tak berasa lengkap kehidupan duniawi saya tanpa bolasepak TRW.

Semoga pemain bangkit. K. Devan pun sama. Penyokong yang setia sila like komen saya sebab saya masih setia.

Pendapat peribadi. Tak setuju loh gi. Cia cia cia.
#gomogi

Gudnaik.

~Abe Pozi Gomogi~

Sumber : Kelantan FA

Leave a Reply

Top