Manuel Pellegrini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas penampilan terakhirnya sebagai pengurus Manchester City di Stadium Etihad berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

Keputusan itu menyukarkan harapan City untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas liga.

Malah peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara kini seolah-olah bukan lagi dalam genggaman mereka.

Lebih mengejutkan besa kemungkinan pengganti Pellegrini, Pep Guardiola akan memulakan tugasnya dengan mengemudi City beraksi pada saingan Liga Europa.

Kini, City perlu menundukkan Swansea City dalam aksi penutup tirai Ahad ini dengan mengharapkan Manchester United keciciran mata dalam satu daripada dua perlawanan terakhir mereka atau Arsenal tewas kepada Aston Villa di Stadium Emirates.

“Ini bukan cara yang kami mahukan untuk menamatkan saingan liga musim ini. Kami mahu layak ke Liga Juara-Juara dan menang perlawanan hari ini (awal pagi Isnin).

“Namun, saya menikmati tempoh tiga tahun yang menakjubkan bersama City, tiga tahun yang tidak akan saya lupakan. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada peminat di atas segala sokongan, saya tidak akan lupakan anda.

“Jangan pernah berubah, teruskan sokongan anda kerana pasukan ini memerlukan sokongan anda dan saya pasti tahun depan anda akan menjadi pasukan terhebat. Terima kasih semua dan jumpa lagi,” kata Pellegrini sebaik tamat perlawanan itu.

City terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne.

Namun, Arsenal kembali bangkit memusnahkan harapan City apabila Olivier Giroud dan Alexis Sanchez menyamakan kedudukan.

City mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini tetapi tersingkir di tangan Real Madrid, Khamis lalu selepas tewas 1-0 di Stadium Santiago Bernabeu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *