Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

GEMAS, Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nur Afini Roslan, 14, pelajar tingkatan dua.

“Nur Afini maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang terpelanting ketika pemandu traktor sedang memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala dua yang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, pelajar tingkatan dua dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pelajar tingkatan satu.

“Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Reza cedera di bahagian belakang kepala dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

Leave a Reply

Top