Anda di sini!
Utama > Terkini > Pelabur Yakin Dengan Dasar Kerajaan

Pelabur Yakin Dengan Dasar Kerajaan

mh online

Jumlah pelaburan sebanyak RM113.5 bilion yang diterima Malaysia pada separuh tahun pertama tahun ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelaburan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelaburan baharu diluluskan bagi Jan-Jun 2015 telah mencatat RM113.5 bilion. Ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelabur kerajaan,” kata Perdana Menteri dalam laman twitter rasminya hari ini.

Jumlah pelaburan tersebut lebih tinggi berbanding RM112 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pada Rabu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 81.1 peratus daripada pelaburan itu disumbang oleh pelabur domestik.

Menurutnya, pelaburan itu adalah untuk 2,487 projek yang dijangka menjana kira-kira 101,780 peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Top