Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pekerja Kilang Bebas Tuduhan Rogol

Pekerja Kilang Bebas Tuduhan Rogol

Seorang pekerja kilang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun dua tahun lalu, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Hakim Niran Tan Kran membebaskan Muhammad Azwan Abd Rahim, 22, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Muhammad Azwan dituduh merogol remaja itu, di tempat duduk belakang sebuah kereta yang diletakkan di satu kawasan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist dekat Sungai Siput kira-kira 3 petang, 2 September 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.

Leave a Reply

Top