Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembukaan pejabat Kumpulan Bank Dunia di sini membuktikan bahawa Malaysia merupakan antara lokasi pilihan organisasi dan perniagaan antarabangsa.

Meskipun kekangan dan ketidaktentuan global, beliau berkata ekonomi tempatan terus tumbuh lima peratus tahun lepas, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan peluasan kukuh sektor perkhimatan, pembinaan dan perkilangan.

“Asas kami kukuh.

“Kami bangga ke atas rekod kami dan desakan berterusan untuk kami membuat keputusan yang tepat bagi Malaysia dan ekonomi negara,” katanya semasa melancarkan pejabat Kumpulan Bank Dunia di sini hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *