Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PBT Dilarang Luluskan Papan Iklan Berunsur Politik – KDN

PBT Dilarang Luluskan Papan Iklan Berunsur Politik – KDN

mh online

Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak meluluskan papan iklan berbentuk politik sekiranya ia bukan dalam tempoh kempen pilihan raya.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Nur Jazlan Mohamed berkata PBT tidak sepatutnya terbabit dengan agenda politik mana-mana parti di negara ini.

“PBT janganlah berpolitik. Mana ada PBT yang benarkan papan iklan berbentuk politik. Papan iklan berbaur politik tak boleh dikeluarkan PBT.

“Polis akan bertindak jika (papan iklan) itu dianggap tidak sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Nur Jazlan ditanya mengenai papan iklan #BebasAnwar di beberapa lokasi antaranya Ampang, Subang Jaya dan Klang yang dikatakan berbaur hasutan serta menghina keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhihukuman ke atas Anwar.

Menurut Nur Jazlan, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan papan iklan berkenaan adalah tepat dan mengikut peruntukan undang-undang bawah Akta Polis.

Leave a Reply

Top