Anda di sini!
Utama > Luar Negara > PBB Tahan Kapal Korea Utara

PBB Tahan Kapal Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyekat empat kapal Korea Utara ke pelabuhan antarabangsa, kerana disyaki membawa atau mengangkut barang yang dilarang oleh sekatan antarabangsa yang menyasarkan Pyongyang, kata diplomat kepada AFP.

Larangan itu membabitkan kapal Ul Ji Bong 6, Rung Ra 2, Sam Jong 2 dan Rye Song Gang 1, menjadikan jumlah kapal yang disekat PBB setakat ini lapan.

Diplomat yang enggan dikenali itu berkata, Amerika Syarikat (AS) memohon langkah pengharaman terbaru itu membabitkan kapal yang didaftarkan di negara lain.

Namun, China hanya bersetuju untuk menyasarkan empat kapal milik Korea Utara itu, kata diplomat sebagai sebahagian usaha pihak antarabangsa untuk mengekang program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Senarai larangan berkenaan dihantar oleh AS pada bulan ini, termasuk kapal dari Belize, China, Hong Kong, Palau dan Panama. – AFP

Leave a Reply

Top