Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nepal telah mengeluarkan Laporan Negara-Negara Paling Kurang Membangun 2017: Akses Tenaga Transformasi di Kathmandu pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Laporan global itu telah disiarkan oleh Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).

Laporan Nepal itu diumumkan bersama oleh Pegawai Penerangan Nasional di Pusat Maklumat PBB, Ram B. Shah, dan Pengarah Eksekutif Pusat Promosi Tenaga Alternatif, Dr Ram Prasad Dhital, kepada wakil media.

Menurut laporan itu, sejumlah 47 negara paling kurang membangun (LDC) di dunia ketinggalan jauh di belakang negara membangun lain dari segi membekalkan tenaga elektrik ke kawasan kediaman dan perniagaan.

Ia menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat global bagi akses sejagat kepada tenaga menjelang 2030, memerlukan peningkatan sebanyak 350 peratus dalam kadar tahunan pengelektrikan.

“Meskpun 62 peratus populasi di LDC tidak memiliki akses kepada elektrik, situasi adalah lebih baik di Nepal. Sebanyak 85 peratus populasi memiliki akses kepada elektrik di negara yang terletak di kawasan pergunungan Himalaya itu,” kata Dr Ram.

Laporan itu menyebut bahawa secara purata, firma di LDC mengalami gangguan bekalan elektrik sebanyak 10 kali setiap bulan, masing-masing selama kira-kira lima jam.

Ia berkata pada tahun lepas, Nepal telah mengalami gangguan elektrik sehingga 18 jam sehari.

Laporan itu menunjukkan bahawa kapasiti penjanaan elektrik bagi setiap orang di LCD hanyalah satu per dua belas daripada negara membangun dan satu per lima puluh daripada negara maju.

Laporan global itu turut menegaskan keperluan penderma antarabangsa untuk memenuhi komitmen bantuan.

Negara Asia yang berada dalam senarai LDC bagi 2017 termasuk Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Kemboja, Laos, Myanmar dan Nepal.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *